Monday, September 13, 2010

Nama saya Iwan

Nama saya Iwan.Umur saya 8 tahun. Saya suka menulis karangan. Saya nak jadi Perdana Menteri. Saya juga nak jadi sasterawan negara. Boleh?

Iwan tanya mama, boleh tak sasterawan jadi Perdana Menteri, mama cakap, can..PM also write books, see Dr Mahathir. Saya gembira. =)

Iwan dapat markah 88 dalam ujian karangan Bahasa Melayu, saya juga dapat 98 untuk Bahasa Inggeris. Baguslah, bila dah besar nanti bukan saya nak pakai pun Bahasa Melayu tu. Tak cool. Wong Fei Hung mana reti cakap melayu. Rajinikan pun tak cakap melayu. Mereka cakap bahasa mereka sendiri dan bahasa Inggeris. Ah so sebelah rumah yang dah tua pun cakap melayu macam anak Pak Lang merangkak rangkak. Lagi pandai cakap Inggeris. Bahasa kan jiwa bangsa.

Iwan suka makan roti canai dekat kedai mamak walaupun kotor sebab sedap. Iwan juga suka makan mc dondo sebab sedap. Tapi kawan kawan cakap, tak boleh makan mc dondo lagi dah, sebab orang yahudi punya. Kita tak boleh makan nanti berdosa. Kedai cina pun tak boleh makan sebab tak dapat sijil halal. Kalau kedai kotor banyak tikus tak apa, boleh makan, sebab halal.

Iwan suka makan dekat restoran jayamas. Apek yang jaga kaunter suka senyum sambil bongkok bongkok. Iwan cakap dekat Milah, kedai tu sedap sebab mama dengan papa selalu pergi. Milah cakap, mak dia cakap jangan makan daripada orang bukan islam masak, nanti hati tak terang.

Tapi hari tu, iwan nampak mamak buat roti canai dengan pakcik masak nasi lemak tak pergi sembahyang jumaat. Ustazah cakap, kalau makan orang tak sembahyang masak, hati jadi hitam macam hisap rokok.

Leman cakap, apek jual ais krim tak basuh tangan lepas kencing dan tak sunat. Mak dia yang cakap. Macam mana mak dia tahu?

Sunday, September 12, 2010

Lega

At the end of a phone call....

perempuan: mok, kirim salam pada parents ko ya

me: hanya jika ko nak jadi menantu diorang

perempuan: tak payahla macam tuh

me: celaka...


I dont know why, but after so long, after a week of having weird thoughts and, beautiful nightmare, i finally smile the moment after i said celaka...all the way to ear.

And that's a relief. Selamat Hari Raya!



smile like you mean it - The Killers

Monday, September 6, 2010

Merdeka Yang Masih Belum

Bunyi dengung bermain main di cuping telinga. Aku fokus. Aku mesti pejam mata. Aku mesti tidur. Aku gagal.

Aku buka buku baca. Buku baca aku.

Sebenarnya aku ingat aku dah merdeka. Bebas daripada jajahan. Bebas daripada apa sahaja yang mengikat.

Lalu sampai aku di alam lain. Sebijik seketul sama macam alam yang aku lepak sekarang. Aku sendiri tak tahu aku ada di alam lain.

*************

Lebih setahun lalu, aku dalam kancah pergolakan. Penjajah menjajah segalanya dan habis sumber hasil bumi diangkut.

Permainan mereka hebat. Entiti bagaikan superhero. Mahu menyuburkan tanah gersang, mahu berkebun memberi hasil. Memberi harapan pada fakir.

Benda yang paling kejam dalam dunia ialah apabila harapan ditarik balik. Baik tak payah bagi harapan langsung.

Dan dengan suka hati entiti datang dan pergi, fakir terpinga pinga. Memang kaki dia tak boleh duduk diam. Nak dipotong kaki, diikat, dan dipaksa, tapi fakir bukan macam tu.

Aku duduk dalam rumah terbaring atas lantai, kotak suara dah habis. Aku sumpah mahu merdeka.

Sikit sikit lama lama jadi bukit, lepas beberapa bulan. aku semakin merdeka. Rundingan damai dibuat akhirnya aku merdeka.

Tapi aku rasa, kemerdekaan dengan rundingan memang rapuh, banyak dugaanya. Dan paling nyata, fizikalnya kita merdeka, namun hati dan minda masih dijajah.

Lihat saja Indonesia, Vietnam, Myanmar, Siam, macam mana semangat patriot dalam diri rakyat mereka. Mereka hidup aman hasil pertumpahan darah, kemerdekaan dicapai dengan pengorbanan.

Aku minum ucap selamat, mahu lupa terus penjajah.


**********

Mata aku bontang terbuka, mimpi aneh melanda, penjajah menjajah mimpi pula. Peluh sejuk seluruh badan. Lain kali basuh kaki sebelum tidur.

Friday, September 3, 2010

Story Untold (Suatu Masa)

Radio bising berkumandang. Lagu berkumandang dengan ledakan drum seakan perang di depan mata menyampaikan mesej anti perang. Itulah 'feel' namanya. Aku head banging ikut irama lagu, makin lama makin laju dan laju sampai peluh menitik kepala pun pening.

Kemudian, tiba tiba semuanya senyap sunyi. Orang tua cakap, itu tanda malaikat lalu.

Aku pergi dekat radio, ' oh, kena tukar side'

Budak budak sebilik dengan aku, entah ke mana entah. Mesti pergi riadah ni. 'Apa barang pergi riadah, tak rock la!!!'

Aku keluar bilik, usya line clear ker tidak untuk pergi ke tandas. Kalau Mat Pit nampak aku ponteng riadah, mampus aku kena tidur atas court takraw lagi la. Tidur atas court takraw memang rock, rebellious, tapi aku mana tahan sejuk. Nak suruh aku mati sejuk?

Barang dah ada dalam tangan, aku pau Ayam tadi. Pau sesama kawan, baru Rock.

Aku letak barang dekat mulut. Bau sabun mencucuk hidung.

"dah tak ada tempat lain ker nak sorok rokok?kotak sabun jugak kau sumbat" aku buat bising sambil ketuk kepala Ayam.

Macam mana pun, kami hisap juga. Baru rock!!!!

Story untold

Angin membantai pipi, matahari terlindung di balik awan, ombak melaung laung. Aku duduk atas batu. Memegang gitar Acoustic yang aku beli pada tahun 2009 sambil melalak menyanyi lagu yang aku sendiri tak tahu.

Aku betulkan rambut aku lagi. Angin tadi dah merobek kekemasan rambut.

Dia berjalan ke arah aku. Rambut panjang menari nari mengikut rentak angin. Separuh badan basah sebab mandi laut. Tersengih sengih macam kerang busuk. "Geram pulak aku tengok minah nih" getus hati

Macam biasa, aku jantan macho, lelaki berpegang pada fahaman chauvanism, aku mana layan perempuan kerang. Kerek sombong dan takbur memang aku.

Tapi aku senyum. Aku pula yang jadi kerang. Aku terus menyanyi. Lagu balada.