Monday, September 6, 2010

Merdeka Yang Masih Belum

Bunyi dengung bermain main di cuping telinga. Aku fokus. Aku mesti pejam mata. Aku mesti tidur. Aku gagal.

Aku buka buku baca. Buku baca aku.

Sebenarnya aku ingat aku dah merdeka. Bebas daripada jajahan. Bebas daripada apa sahaja yang mengikat.

Lalu sampai aku di alam lain. Sebijik seketul sama macam alam yang aku lepak sekarang. Aku sendiri tak tahu aku ada di alam lain.

*************

Lebih setahun lalu, aku dalam kancah pergolakan. Penjajah menjajah segalanya dan habis sumber hasil bumi diangkut.

Permainan mereka hebat. Entiti bagaikan superhero. Mahu menyuburkan tanah gersang, mahu berkebun memberi hasil. Memberi harapan pada fakir.

Benda yang paling kejam dalam dunia ialah apabila harapan ditarik balik. Baik tak payah bagi harapan langsung.

Dan dengan suka hati entiti datang dan pergi, fakir terpinga pinga. Memang kaki dia tak boleh duduk diam. Nak dipotong kaki, diikat, dan dipaksa, tapi fakir bukan macam tu.

Aku duduk dalam rumah terbaring atas lantai, kotak suara dah habis. Aku sumpah mahu merdeka.

Sikit sikit lama lama jadi bukit, lepas beberapa bulan. aku semakin merdeka. Rundingan damai dibuat akhirnya aku merdeka.

Tapi aku rasa, kemerdekaan dengan rundingan memang rapuh, banyak dugaanya. Dan paling nyata, fizikalnya kita merdeka, namun hati dan minda masih dijajah.

Lihat saja Indonesia, Vietnam, Myanmar, Siam, macam mana semangat patriot dalam diri rakyat mereka. Mereka hidup aman hasil pertumpahan darah, kemerdekaan dicapai dengan pengorbanan.

Aku minum ucap selamat, mahu lupa terus penjajah.


**********

Mata aku bontang terbuka, mimpi aneh melanda, penjajah menjajah mimpi pula. Peluh sejuk seluruh badan. Lain kali basuh kaki sebelum tidur.