Monday, October 11, 2010

Balada Sang Cicak

Balada seekor cicak....

aku seekor cicak. Betul, aku seekor cicak kubing yang kurus kering.Aku berhabitat di pasar seksyen 6 Shah Alam.

Pada satu malam yang hening dan dingin, datang sebuah kereta yang paling lucah pernah aku tengok. Nombor plat yang mempunyai maksud tersembunyi. 8008.

Tuan punya kereta keluar setelah dia mem-parking kereta dengan maha senget. Betul, dia memang kacak.

Dengan kuasa seekor cicak kubing, aku memanjat, ke atas kereta. Mencari apa yang boleh dicari.Mungkin aku boleh membawa pulang punca rezeki untuk ibu dan anak di rumah.

Lepas ni,boleh la aku geybang dengan kak tikus yang aku pernah naik kereta.
Kesian kak tikus, masih lagi trauma, husband dia dah kena makan dengan kucing dekat pasar.Mengadu dengan aku masa aku terserempak dengan dia dekat bawah meja makan kedai Tomyam seksyen 6. Ala aku tahu sangat perangai azab laki dia tuh. Pergi pasar tuh sebab nk jumpa Kak Cencorot hitam. Dia orang memang dah lama ada affair. Aku diam kan aja.Ada sekali tu, aku nampak diorang lari sama sama kena kejar dengan Tompok si kucing jalanan.Tapi kucing yang makan laki kak Tikus, bukan Tompok, tapi geng tompok...Si Bulat kucing gemuk.

Aku pernah tanya kak Tikus, mana dia tau, Si Bulat yang makan laki dia. Kak Ti cakap,dia tau sebab Si Bulat gemuk. Aku diamkan saja. Aku rasa tak mungkin Si Bulat, sebab dia tak pernah try makan aku pun. Tapi semua komuniti Tikus, dan Parti Tikus Bersatu Tak Kira SpesiesWarna dan Saiz (TIBERTAKIWAS) dah sah cakap yang Si Bulat makan laki Kak Ti. Tak perlu siasat.

Kak Ti memang tak pernah naik kereta.Dia selalu kecewa dan bising. Kenapa si Hamster boleh aja naik kereta.Lepas ni, dia nak try mengorat Guinea Pig, dapat anak nanti, anak anak boleh hidup senang. Boleh selamba lepak dalam rumah manusia siap boleh naik tredmil lagi.

Aku pula, biasa aja kalau setakat rumah manusia, dah naik boring dah. Cuma takut sikit dengan budak budak kalau malam jumaat jer mesti nk lastik aku.

Tapi aku bangga sebab manusia nak jadi aku. Haritu aku nampak manusia tengok cerita Cicak Man. Tapi kenapa yang jadi Cicak Mutan tu tak hensem macam Hugh Jackman ker, Tobey Maguire ker, Shahrizwan Zainal ker.Kenapa yer.


*****^^^^^***********

Eh, kenapa rasa berangin ni. Alamak kereta dah jalan. Oh noooooooooooo!

********************

Macam mana nak balik Shah Alam?





Nilai dan Pengajaran: Jangan buat kerja sambil
berangan.



1 comment:

dilala said...

jadi cicak sila ingt2 selalu jgn berangan, selamat beramal ~