Monday, October 18, 2010

Pertama Kali: Sahabat

2002....

Aku turun daripada bas yang bahang. Masjid hanya beberapa jengkal saja tapi aku singgah dulu di gerai Keropok Lekor, sambil usyar akak jual air.

Azan Jumaat dah berkumandang. Tapi budak budak masih tenang meratah keropok lekor 10 sen 2 keping.

Sedang aku menggigit gigit keropok lekor liat, datang Amsui sebelah aku. Sambil berborak entah apa aku lupa.

************
Aku dengan Amsui kawan biasa. Bukan rapat pun. Kalau aku lepak bilik dia pun, dia selalu tak ada. Spesies manusia liar yang dominan, memang berlainan dengan aku yang agak low profile.

Amsui memang kering, bukan badan aja yang kering, tapi hati pun kering. Tak padan dengan kecik. Memang lain dengan aku. Pemberontakan aku lebih kepada verbal dan diam diam.
Pemberontakan Amsui lebih fizikal.

Kami minat muzik. Oi!!!!, Punk, Streetmusik, Clockwork Records, System. Semua muzik pemberontakan.

********

Amsui menghampiri seorang mamat buruh daripada negara seberang. Sambil aku bercangkung sebelah Amsui.

Asap keluar berkepul kepul daripada mulut buruh tersebut.

"Bang, boleh saya tanya, ini rokok yang manis di bibir tu kan?Sedap tak?" Amsui mengorak langkah. Aku terkejut dengan pertanyaan Amsui yang daring. Dengan ramai budak budak tengah makan keropok, kalau budak Form 5 nampak, mati kami kena pukul.

"........." Buruh sepetkan mata, ambil feel.

"Kenapa kau tanya dik?" sambil berkepul kepul asap macam awan keluar daripada mulut.]

"Betul ker bang?" Aku buat buat tanya

"Saya nak test aja" Amsui senyum sambil menjawab dengan penuh kejahatan.

Buruh tadi keluarkan sebatang rokok putih, dan diberi kepada Amsui.

Amsui gembira. Kami ambll dan lari sepantas kilat.

Di bawah lantai rumah kampung Felda milik Haji Doraman...Kami melihat awan keluar daripada mulut kami.

Deklarasi persahabatan adalah pada hari yang bertuah itu.

Taraf persahabatan lagi tinggi daripada kawan. - Fauzi Samsubaha

No comments: