Wednesday, November 24, 2010

Donat kecil Donat Besar

Aku tak tahu kenapa, setiap kali aku nampak Jamilah dekat tepi jalan jual donut, aku menggigil. Kayuhan basikal aku semakin laju menghampiri Jamilah.

Jamilah, anak dara Pak Husin tak ada lah cantik mana. Setakat muka ala ala Lisa Surihani dengan bentuk badan ala ala Scarlett Johansson. Bukan aku nak pandang sangat pun. Mak dia dulu bekas Supermodel. Aku tak tahu sejauh mana kebenaran Supermodel ni. Aku tak pernah dengar pula, era 80-an ada pertandingan model ala ala America’s Next Top Model. Mungkin emak dia sezaman dengan Ms Tweedy.

Apa yang membuatkan aku berkayuh laju sampai menitik nitik peluh membasahi pipi, sambil kaki menggigil kalau bukan sebab dia anak dara pingitan yang cantik? (bukan pada mata aku, semestinya) Jawapanya ada pada Donut.

Donut bukan keria. Keria adalah Donut yang bertukar bangsa menjadi melayu. Nilai nilai barat yang dibawa ke timur. Modifikasi. Tapi cerita ini tentang donut. Bukan keria. Ya, Jamilah juga jual keria. Apam pun ada.

“kuih donut besar 3 biji RM2” sapa Jamilah sambil dihulurnya kepadaku plastik merah berisi Donut.

“Jangan makan banyak sangat donut, nanti kena potong kaki” Jamilah cuba beramah mesra.

“saya nak makan dengan anak Yatim” Balas aku sambil tersenyum sinis lalu beredar dari situ.

Tak semena mena angin ribut melanda memukul rambutku, Aku lihat sekeliling, tak ada apa yang berlaku pada mereka. Kenapa angin ini menyerangku? Bagaikan ada suatu aura, lantas, aku panjat naik basikal dengan penuh gaya. Mula mengayuh dan rantai tercabut. Namun aku tenang, Hero mesti tenang dan menang. Aku tolak basikal balik ke rumah yang jaraknya tak sampai 10 kangkang manusia.

No comments: