Wednesday, November 24, 2010

dOnUt KeCiL DoNuT BeSar 2

Aku tersenyum sendirian. Kenangan lalu memang sukar dilupakan. Umpama wayang satu persatu bermain dalam kepala aku. Aku terus termenung.

Sofa malas tempat aku mengadu. Tempat aku mengomel di kala sakit belakang semakin menjadi jadi. Aku bingkas bangun dengan hanya bertuala dan badan yang sasa, ke laman rumah untuk menyapu daun.

"Daddy, tak payah la keluar rumah sapu daun,dah tak ada apa lagi nak disapu" anak aku dari dapur meberi peringatan keras.

"aku bukan apa, aku bosan, biar aku main dengan penyapu" dengan degil aku menjawab. Jawapan mesti tegas dan keras. Baru anak anak tunduk.

"Elie ada buat donut untuk Daddy" anak aku tak nak kalah debat

Aku berjalan dengan penuh gaya ke meja makan. Duduk sambil tunggu donut sampai.

Zaman sekarang, tahun 2059, mana ada orang jual donut tepi jalan. Donut pun dah jadi agen kapitalis. Semuanya sebab Freemason.

*********

Tahun 2010, semua orang paranoid tentang Freemason. Segala bentuk bersegi dikaitkan dengan freemason dan Yahudi. Dakyah nak menghancurkan umat akhir zaman.

Selain paranoid dengan Freemason, mereka juga taksub dengan logo Halal. Asalkan sumber itu datang daripada kelompok yang bukan sebangsa dan seagama, haramlah jadinya. Maka ayam sembelih pun jadi babi. Itu hal lain.

Oleh sebab dua faktor ini, Kerajaan yang akur dengan ketakutan, kerisauan, dan kebodohan umat manusia, turut terpaksa menjadi bodoh demi mendapat undi dalam pilihanraya.

Pengharaman bentuk bersegi semakin menjadi jadi. Semuanya harus bulat, bulan dan bintang. Maka kuih samosa diharamkan sama sekali. Jatuh haram Kuih Samosa yang intinya halal kalau dilipat segi tiga kerana dikatakan mencontohi simbol Mason.

Oleh sebab itu Donut jadi kuih utama. Permintaan yang melampau dengan tenaga mahir yang kurang, menyebabkan harga donut melambung.

Saiz yang dijual semakin kecil dan semakin mahal. Keria dan Donut kembali bersatu. Sebangsa.

4 comments:

deeba said...

jalan cerita x bagus. mule2 dah cantik. pastu dah macam lari topik. pastu cerita bapak dengan anak tu tergantung..

Rizwan Zainal said...

errr...ini just snippet snippet yg aku ambil dr chapter chapter yg lain....so mmg x kan ader ending...
aku nk try buat cter yg lari topik..byk meraban..dan sarcastic...tima kaseh diba

1jja1912 said...

I Like this. Kupas sikit ttg freemason, illuminati, nak tahu jugak.

Rizwan Zainal said...

terima kasih ija..nanti saya akan cuba selitkan lagi isu mason dgn iluminati...boleh cuba baca dlm blog konspirasi teori tntg isu ini tho i sometims found it ridiculous, but at the same it is fun reading..kebenaranya?wallahualam!!!