Sunday, November 28, 2010

Kashmir Association of Naan Specialist.

"Naan sini la paling sedap" aku bercakap sambil mulut penuh.

Aku peduli apa. Bukan dekat depan aku ada Ana Rafali pun. Kalau ada pun, aku tak kisah pun sebab aku tak minat Ana Rafali, Si Botak Jim yang minat.

"Dia buat Naan dengan penuh kemas. Tengok cara dia buat Naan ni, pro!!! Kau tengok cara dia potong,ketelitian dia! " Budak Perut Biru memberi justifikasi.

Pemerhatian Budak Perut Biru memang hebat dan harus diakui selalunya betul. Daripada seorang akauntan, aku rasa Budak Perut Biru lagi sesuai jadi pundit bola sepak. Ulasan dia seratus kali lagi bagus daripada mamat lahir di Liverpool. Tapi sayang dia dah lama tak update blog. Malas la tu, ataupun kecewa dengan kegagalan team sendiri? Yang biru, merah, belang merah,putih, hitam, semuanya macam mengundang kecewa. Tapi aku tahu, dia tak akan berjalan seorang.

"Aku rasa dia ada qualification..Kashmir Association of Naan Specialist (KANS). Mesti lama dia belajar nak buat roti ni" aku cuba buat lawak selamba.

Masa tu aku rasa kelakar. Sekarang tak kelakar pulak.

Mamak si pembuat Naan yang digemari aku sudah tidak ada. Mungkin dia ke tempat lain. Offer daripada bukan mamak lagi bagus kot.

Pembuat Naan dekat kedai mamak sudah tak rare. Gaji mesti tak banyak. Mungkin dia sudah lari pergi kedai Seafood Nong & Jimmy. Makan Naan dengan udang bakar baru rare.

No comments: