Tuesday, September 20, 2011

The Tale of 1 Malaysia

Cerita yang aku nak cerita ni, memang cerita betul. Berkaitan dengan hidup dan mati.

Satu malam yang hening. Hujan baru lepas berhenti. Aku duduk dekat tepi kedai Mamak, melayan perut yang sebu baru lepas pekena Cha Koey Tiau.

Mamak ni memang happening. Kalau bukan sebab member aku bukak tapak jual Koey Tiau memang haram aku nak pergi.

Satu sudut, ada sekumpulan budak budak Cina main gitar menyanyi lagu Mandarin. Memang happening.

Aku pulak melayan perasaan, bertemankan kawan kawan yang bercerita pasal belajar tak habis habis. Cerita basi. Aku dah dengar benda yang sama 2 3 tahun dah.

Tiba tiba bunyik hon, menganggu ketenangan kami. Aku nampak satu kereta apa entah dengan sesedap burger McD menghon sebijik kereta lain yang aku nampak driver dia seorang apek tua.

Dah puas mamat tu hon, dia keluar daripada kereta lalu disuruhnya apek tu keluar. Dah apek keluar, dia tolak pulak apek tu. Memang cilaker.


Aku ingat aku sorang jerk panas.

Ya Kawan kawan, mamat tuh tak bertahan lama. Habis dia kena bantai, kena maki dengan masyarakat Malaysia kat tepi yang menyaksikan bahana itu.

Sebenarnya memang apek tu yang salah. Tapi apa yang menimbulkan kemarahan orang sekeliling ialah cara mamat tuh disrespect orang tua.

Saat itu, aku percaya yang prinsip prinsip rukun negara memang x pernah dilupakan.

Selamat Hari Jadi Terlambat, Malaysia

No comments: