Posts

Showing posts with the label political view

Balada Sang Cicak

Balada seekor cicak.... aku seekor cicak. Betul, aku seekor cicak kubing yang kurus kering.Aku berhabitat di pasar seksyen 6 Shah Alam. Pada satu malam yang hening dan dingin, datang sebuah kereta yang paling lucah pernah aku tengok. Nombor plat yang mempunyai maksud tersembunyi. 8008. Tuan punya kereta keluar setelah dia mem-parking kereta dengan maha senget. Betul, dia memang kacak. Dengan kuasa seekor cicak kubing, aku memanjat, ke atas kereta. Mencari apa yang boleh dicari.Mungkin aku boleh membawa pulang punca rezeki untuk ibu dan anak di rumah. Lepas ni,boleh la aku geybang dengan kak tikus yang aku pernah naik kereta. Kesian kak tikus, masih lagi trauma, husband dia dah kena makan dengan kucing dekat pasar.Mengadu dengan aku masa aku terserempak dengan dia dekat bawah meja makan kedai Tomyam seksyen 6. Ala aku tahu sangat perangai azab laki dia tuh. Pergi pasar tuh sebab nk jumpa Kak Cencorot hitam. Dia orang memang dah lama ada affair. Aku diam kan aja.Ada sekali tu, aku nampak...

Nama saya Iwan

Nama saya Iwan.Umur saya 8 tahun. Saya suka menulis karangan. Saya nak jadi Perdana Menteri. Saya juga nak jadi sasterawan negara. Boleh? Iwan tanya mama, boleh tak sasterawan jadi Perdana Menteri, mama cakap, can..PM also write books, see Dr Mahathir. Saya gembira. =) Iwan dapat markah 88 dalam ujian karangan Bahasa Melayu, saya juga dapat 98 untuk Bahasa Inggeris. Baguslah, bila dah besar nanti bukan saya nak pakai pun Bahasa Melayu tu. Tak cool. Wong Fei Hung mana reti cakap melayu. Rajinikan pun tak cakap melayu. Mereka cakap bahasa mereka sendiri dan bahasa Inggeris. Ah so sebelah rumah yang dah tua pun cakap melayu macam anak Pak Lang merangkak rangkak. Lagi pandai cakap Inggeris. Bahasa kan jiwa bangsa. Iwan suka makan roti canai dekat kedai mamak walaupun kotor sebab sedap. Iwan juga suka makan mc dondo sebab sedap. Tapi kawan kawan cakap, tak boleh makan mc dondo lagi dah, sebab orang yahudi punya. Kita tak boleh makan nanti berdosa. Kedai cina pun tak boleh makan sebab tak da...

Merdeka Yang Masih Belum

Bunyi dengung bermain main di cuping telinga. Aku fokus. Aku mesti pejam mata. Aku mesti tidur. Aku gagal. Aku buka buku baca. Buku baca aku. Sebenarnya aku ingat aku dah merdeka. Bebas daripada jajahan. Bebas daripada apa sahaja yang mengikat. Lalu sampai aku di alam lain. Sebijik seketul sama macam alam yang aku lepak sekarang. Aku sendiri tak tahu aku ada di alam lain. ************* Lebih setahun lalu, aku dalam kancah pergolakan. Penjajah menjajah segalanya dan habis sumber hasil bumi diangkut. Permainan mereka hebat. Entiti bagaikan superhero. Mahu menyuburkan tanah gersang, mahu berkebun memberi hasil. Memberi harapan pada fakir. Benda yang paling kejam dalam dunia ialah apabila harapan ditarik balik. Baik tak payah bagi harapan langsung. Dan dengan suka hati entiti datang dan pergi, fakir terpinga pinga. Memang kaki dia tak boleh duduk diam. Nak dipotong kaki, diikat, dan dipaksa, tapi fakir bukan macam tu. Aku duduk dalam rumah terbaring atas lantai, kotak suara dah habis. Aku ...