"Mirul, awek ko form berapa? Form two ker form one" Aku toleh, aku pandang sekeliling ciptaan manusia dengan ilham daripada tuhan. Jauh mata aku melilau. Orang melayu selalu cakap, pandang sampai hujung mata. Di bawah pancaran matahari, minda aku terbang ke dimensi lain. Di tengah ribuan warga kelas pekerja, dan budak sekolah, kecil, besar, tua dan muda. Aku hairan. Yang paling penting nama aku bukan Mirul. Amirul pun bukan. Fairul lagilah bukan. Nama Mirul tak ada sangkut paut dengan nama aku. Dan bila masa pula aku menjalinkan hubungan dengan budak form 1 mahupun form 2? Hatta sekiranya aku ada hubungan dengan budak form 5 sekalipun, nyata hubungan itu hubungan terlarang dan hukuman sebat bakal menghantui hidupku. Tak cukup dengan itu, orang sekeliling boleh menganggap aku pedrofile. Si gila seks, suka kanak kanak. Argh, apa akan terjadi pada orang tua aku, apa akan terjadi pada kenalan kenalan ku...tidak, tidak, tidakkkkkkkkkk!!!!Dan guruh sabung menyabung, tanpa hujan dan...