Pura Pura Yang Ku Tinggalkan
PURA PURA YANG KU TINGGALKAN
Pura pura itu sahabatku
kepura puraan itu bumiku
dan pura pura itu juga sahabat mereka
mereka yang dekat pada neraka
dan juga mereka yang mengharap syurga
namun mereka yang berpura pura ini tetap mengharap syurga
walau syurga dunia kepura puraan
hakikatnya neraka balasan kecurangan
kepura puraan aku bosan
ungkapan dari nukilan
lalu aku keluar dari norma
pergi ke realiti sumbang
meninggalkan kepura puraan terkapai
menjerit berjanji syurga
dan pura pura aku tidak mendengar
janji manis yang ditaburkan
seikhlas hati askar pimpinan azazil
pura oura ini kutinggalakan
dan yang tinggal hanya aku
kawan masing masing berlalu
menyanyi lagu rentak merdu
ikhsan darpadai irama aku
menangis aku tidak berlagu
realiti itu aku dekati
ku hulurkan salam pada kejujuran
yang nyata menyambutku dengan janggal kepuraan
umpama dua kawan sepermainan yang telah bertukar haluan
umpama lagu zapin disulami rap
andai kena gayanya, terbitlah naskah agung sepanjang zaman
realiti itu aku takluki
sejambak bunga ku hadiahi
tidak semena kawanku lari
kini aku di sisi kiri?
rasa diri bodoh sekali
kerana cinta kasihku lari
dan ku tinggalkan kepura puraan
merana di dalam kejujuran
kerana kepura puraan padaku satu realiti
dan realiti itu adalah kepuraan
biarkan saja aku berpura pura
relakan saja aku lemas?
atau terus berpura beroleh emas?
dan kura kura itu telah sampai ke penamatnya
sedang arnab pantas itu masih tertidur
bukankah keduanya juga sampai ke penamat?
12.51 am,
12june2009,
tasik banding
Pura pura itu sahabatku
kepura puraan itu bumiku
dan pura pura itu juga sahabat mereka
mereka yang dekat pada neraka
dan juga mereka yang mengharap syurga
namun mereka yang berpura pura ini tetap mengharap syurga
walau syurga dunia kepura puraan
hakikatnya neraka balasan kecurangan
kepura puraan aku bosan
ungkapan dari nukilan
lalu aku keluar dari norma
pergi ke realiti sumbang
meninggalkan kepura puraan terkapai
menjerit berjanji syurga
dan pura pura aku tidak mendengar
janji manis yang ditaburkan
seikhlas hati askar pimpinan azazil
pura oura ini kutinggalakan
dan yang tinggal hanya aku
kawan masing masing berlalu
menyanyi lagu rentak merdu
ikhsan darpadai irama aku
menangis aku tidak berlagu
realiti itu aku dekati
ku hulurkan salam pada kejujuran
yang nyata menyambutku dengan janggal kepuraan
umpama dua kawan sepermainan yang telah bertukar haluan
umpama lagu zapin disulami rap
andai kena gayanya, terbitlah naskah agung sepanjang zaman
realiti itu aku takluki
sejambak bunga ku hadiahi
tidak semena kawanku lari
kini aku di sisi kiri?
rasa diri bodoh sekali
kerana cinta kasihku lari
dan ku tinggalkan kepura puraan
merana di dalam kejujuran
kerana kepura puraan padaku satu realiti
dan realiti itu adalah kepuraan
biarkan saja aku berpura pura
relakan saja aku lemas?
atau terus berpura beroleh emas?
dan kura kura itu telah sampai ke penamatnya
sedang arnab pantas itu masih tertidur
bukankah keduanya juga sampai ke penamat?
12.51 am,
12june2009,
tasik banding
Comments
But yours is superb mok..
haha kantoi plagiarism sedang beraksi..
:P
bukan plagerism
kepura puraan aku bosan,
ungkapan dari nukilan