Saturday, January 22, 2011

Realiti dan fantasi

"Mirul, awek ko form berapa? Form two ker form one"

Aku toleh, aku pandang sekeliling ciptaan manusia dengan ilham daripada tuhan. Jauh mata aku melilau. Orang melayu selalu cakap, pandang sampai hujung mata.

Di bawah pancaran matahari, minda aku terbang ke dimensi lain. Di tengah ribuan warga kelas pekerja, dan budak sekolah, kecil, besar, tua dan muda. Aku hairan.

Yang paling penting nama aku bukan Mirul. Amirul pun bukan. Fairul lagilah bukan. Nama Mirul tak ada sangkut paut dengan nama aku. Dan bila masa pula aku menjalinkan hubungan dengan budak form 1 mahupun form 2?

Hatta sekiranya aku ada hubungan dengan budak form 5 sekalipun, nyata hubungan itu hubungan terlarang dan hukuman sebat bakal menghantui hidupku. Tak cukup dengan itu, orang sekeliling boleh menganggap aku pedrofile. Si gila seks, suka kanak kanak.

Argh, apa akan terjadi pada orang tua aku, apa akan terjadi pada kenalan kenalan ku...tidak, tidak, tidakkkkkkkkkk!!!!Dan guruh sabung menyabung, tanpa hujan dan awan tetap hitam.

Aku tunduk ke bawah, memandang bumi, dan sepantas kilat lori minyak lalu sebelahku sambil melanggar lopak air, terpercik ke mukaku. Basah. Hina. Dina.

Babak babak seperti ayat2 cinta bermain dalam fikiranku. Dua pihak pasti bergaduh. Yang mempertahanku, yang mengecamku. Ruang cerita aku disiar dalam akhbar semasa, tabloid, mastika dan media massa.

Anak Yatim datang sambil meminta aku bersabar "den pun ponah kono tuduh dulu, poit, ekau sabo yolah"

Rakan dalam penjara nanti akan menasihati aku. Terdapat seorang rakan banduan bagai orang gila. Babak yang sama seperti ayat ayat cinta bermain lagi.

"Kau sombong John, Kau sombong"

"Apakah kau hanya sembahyang ketika kau dalam kesusahan"

persoalan persoalan gila daripada orang gila bermain lagi dalam khayalan

Mata aku terbuka. Semua babak babak tadi berlalu dalam lintasan saat yang pantas. Sekali lalu sahaja.

Aku nampak dua orang budak dalam usia lebih kurang 13-14 tahun, berseluar slack hijau, bebrbaju kemeja putih dengan rambut bersikat rapi. Penuh gaya dia menjawab persoalan temnay tadi.

"form two"


"Celaka, kecik kecik dah ada awek,"

aku terus menyumpah nyumpah dalam hati, sambil turun tangga masjid.



Tidak pernah adaorang minta susah
Tapi ketika kesusahan itu datang pada kita
Apakah kita harus marah
Capek sekali hidup kita jadinya
Sebagai muslim kita tidak boleh menyerah
Allah selalu bersama orang-orang yang berusaha - Ayat Ayat Cinta The Movie

4 comments:

hansuke said...

terbaik ah post ko mok..ahhaha~
macam anime ada gak..:p

hm..having a girl in ur life at an early age has no meaning at all man, don't get too frustrated with those 'ingusan', all they know is that 'i have a girl' and when u ask for what reasons?, the only answer u'll get is "because my friends has one".

the true meaning of having a partner in their lives has not reached it's peak yet, but atleast at ur age or mine, we know what we want and what for and for whom. neway, keep up the spirit..:) kije rajin2..

fYZa said...

ko jgn risao mok wlupon ko bukan form 2 lagi ko tetap mpunyai skandal yg banyak..nak nasi lemak?

Amar san said...

weh mok.. ko tulis cerpen best ni yg membuatkan aku bersemangat nak tulis gak ni.. caya lah mok!

bila nak tulis novel? mana tahu nanti novel ko leh wat movie ke.. kalo jadi wat movie jgn lupa amik aku berlakon tau.. tak jadi hero jadi anti-hero pun ok gak.. haha

Rizwan Zainal said...

hansuke - eheheheh wat i'm tryin to say is, it annoys me thats all!!! hahahhaha as far as i'm concern, i enjoy being single, meet up new people every day wit no commitment and extra headache..it's a bless for me tho..

fyza - mana ada skandal la..tak baik taw.....hehehehe nasi lemak dekat mana?ko nk blanja?wah untung aku!!

Amar- ok ker nih?aku igt aku tulis dengan buruk, novel aku dalam proses, idea, storyline dah ada, tinggal idea kurang, style tulis kena improve lagi..itu sebab aku layan novel melayu skarang ahahahahha